bosan
menjadi penunggu
letih
menjadi pelari
kalau boleh
mahu bisa terbang.
tapi
kemana mahu ku
untuk dihalakan tuju
yang nanti bisa
menambah malam yang syahdu
memberi warna di kalbu
mengumpul duit beribu
setiap bulan di tarikh satu?
atau pahala berjuta
selain solat lima waktu?
aku takut
tertanya tanya
menggeleng
pada diri sendiri
dapatkah merasa
bauan syurga?
atau jahanam saja
ke neraka?
yang mana satu
hala tuju
yang mana satu
akan diseru
yang mana satu
kaki ini berlalu
aku alpa
jahil untuk mengira
banyak mana noda
banyak mana dosa
aku lupa
kalau mahu teguh
jangan pernah jenuh.
hanya dengan doa
Dia tidak pernah begitu jauh.
No comments:
Post a Comment