http://anakandabonda.blogspot.com/

biarkan aku bercerita
berseronok bermain kata
meluah segala rasa
walau cuma bersuara di dalam dada
diam seribu bahasa
- fd -

Monday, March 5, 2012

Cerita 12 hari

Jika kau masih ingat,
janganlah
jika kau sudah lupa,
baiklah.

aku tidak kenal kau
kau tidak kenal aku
tapi di sebuah pulau
kita bertemu.

kadang kala aku gila
berbicara pada ombak
mengeluh pada angin
kononnya ada yang mendengar
tapi tak mengapa
aku suka
biarkan begitu
apa bezanya.

ampun beribu ampun
maafkan aku
aku tidak kenal diriku
bila bersamamu.
tapi percayalah
hati ini
tidak sebusuk sangkamu.

jika boleh diulang masa
pasti kita sedang duduk berbual sama
masih sempat bergurau senda
tanpa curiga.

tapi bagaimana sayang
untukku menghalau hurungan rasa
rasa tanpa nama
rasa yang sukar tafsirnya.
tolonglah aku letih
rasa ini melemahkan
cukup menyesakkan

Jeritlah sayang
jerit di muka ku
tolong sedarkan aku
yang manja mu tipu,
senyummu palsu.

Sekarang jangan bimbang,
engkau juga aku benci
seperti aku yang engkau benci.

nanti aku pulang
kau pun pergi
kenapa hati perlu bimbang
kalau tidak ketemu lagi

Apakan daya,
cerita kita cerita pendek
sekadar cerita 12 hari.

Ombak oh ombak,
Lupakan aku pada bau rambutnya,
Ingatkan aku pada suara bencinya.

Saturday, March 3, 2012

Tentang Kamu

Setelah sekian lama
kertas ku putih
tangan ini telah kaku
tapi teringin masih
untuk menulis
menulis untukmu
bercerita tentangmu.

Aku malu tersenyum senyum
tersengih teringatkanmu
keliru yang mana satu
aku benci tapi rindu.

Aku ingin menulis
menulis cerita tentang kamu
tapi aku tak tahu
bagaimana mulanya
bagaimana akhirnya
mungkin kerna
kita tidak sedar ia bermula
dan terus berakhir
tanpa kita berkata kata.

Aku tahu
satu hari mungkin esok
wajahmu akan berlalu
disapu lupa.
jika ditanya,
rasanya aku tidak mahu
hilang wajahmu bilaku pejam mata
tapi aku tahu,
aku terpaksa,
melalaikan minda
dengan segala dunia
dari selamanya gila
tersenyum teringat tingkahmu.