http://anakandabonda.blogspot.com/

biarkan aku bercerita
berseronok bermain kata
meluah segala rasa
walau cuma bersuara di dalam dada
diam seribu bahasa
- fd -

Tuesday, November 24, 2015

Malam Ini

malam ini
mataku cerah
menembusi dinding
jelas melihat bintang
berkelip di langit gelap.

malam ini
otak ku ligat
menyaingi mata
melawan lesu tubuh
memandang atas sana
berpikir tak sudahnya.

bila kepala sudah selesa
menyapa sang bantal
otak pun pusing
mahu bikin itu
mahu bikin ini
mahu buat itu
mahu buat ini.

kenapa mesti
malam ini
semua dikhuatiri.

kenapa mesti
waktu ini
segala runsing 
menjelma diri.

sudahlah
aku mahu tidur
esok
menimbun
menggunung
kerja menanti.

No comments:

Post a Comment