http://anakandabonda.blogspot.com/

biarkan aku bercerita
berseronok bermain kata
meluah segala rasa
walau cuma bersuara di dalam dada
diam seribu bahasa
- fd -

Sunday, December 22, 2013

Tahukah kamu?


Tahukah kamu
sudah lama
terlalu lama
aku berfikir

Tahukah kamu
dirimu itu
tiada kurangnya

Tahukah kamu
gila aku saja
melepaskanmu

Tahukah kamu
aku pun tidak tahu
dimana harus letaknya
hati ini

Tahukah kamu
keras hati ini
juga meretakkan aku

Tahukah kamu
dalam diam bisu
aku rindu

Tahukah kamu
tiada dua
tiada tiga
hanya kamu
saja.

Pernahkah?

Pernahkah
engkau tertanya
kenapa mesti aku
daripada mereka yang beribu?

Pernahkah
engkau bertanya
mengapa engkau
yang aku malu?

Pernahkah
engkau mahu tahu
siapa kamu
dalam hati aku?

Pernahkah
engkau dengar
apa sebab
aku tidak mahu?

Pernahkah?
Jika tidak
biar begitu
jangan ditanya
aku pun tidak tahu.

Dan pernahkah
walau sekali
aku juga diberitahu?

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu

Hari ini diraikan
golongan mulia yang melahirkan
Tapi teman
janganlah lupa
jangan sekadar berucap kata
bercium mesra makan istimewa
Tapi ambillah peluang
berfikir sejenak
tidak lama hanya seketika
kerana tempat kalian itu
dengan nyawa ini
sanggup aku gadaikan.

Ini bukan dakwah
ini bukan rasuah
kata kata ku bukan tipu
bukan bikin cerita sayu
aku pernah disitu.

Sehingga saat ini
aku tidak percaya
Bukan aku tidak terima
bukan aku tidak rela
Dengan namaMu
aku redha

Bila tanah itu dikambus
bergegar lantai kakiku
Sumpah
aku mahu terjun sama
memelukmu menemani.

Bila kau pergi
dan aku tahu
kau pergi tak kembali
aku rasa
kosong
hilang
takut
sunyi
sepi
rindu
sebak
sesak
sakit
mati
aku rasa mati.

Hari ini
akulah mayat yang berjalan
patung yang hidup
berbaterikan memori
segala ingatan
segala indahnya kenangan
dan aku khuatir
layakkah kaki ini memijak syurga
walau hanya sekali
bertemu wajahmu
memeluk tubuhmu
mencium tanganmu
sekali lagi
walau hanya sekali...

Ya Tuhan
jangan hinakan dia
atas buruk ku
dosaku atas diriku
baik ku kerna tangannya
yang sempurna didiknya
hebat belai kasihnya.

Ya Tuhan
Solatku sering jauh dari lima
Timbanganku hanya berat pada dosa
aku malu
tapi
aku tahu
Kau Maha Mendengar
Kau Maha Mengetahui
Kasihanilah bonda ku
sepertimana dia mengasihaniku.

p/s: Happy Mother's Day to all mothers everywhere. Your love and care is like no other.

Wednesday, May 8, 2013

UBAH

Ini musim pilihanraya
Kita memilih
bukan beraya
bendera merata rata
sepah sini sana
serabut tak tentu hala
membazir tak fikir pula
manifesto entah kemana.

Bila telinga sudah berdarah
kiri kanan pusing
atas bawah bising
semua pening.

Apa susahnya
bila niat itu sama
bila tujuan itu serupa
destinasi jadi dekat
kerja jadi berkat
selesai dengan cepat
semua muafakat
pasti selamat.

Seorang Melayu lembu
seorang Cina gila
seorang India paria
Bila BERSATU,
musuh tetap kaku.

Ini kalilah,
mulut biar tutup,
tangan biar buat,
kaki biar jalan,
Lebih baik.

Untuk siapa?
untuk engkau juga,
untuk kita,
untuk semua,
Habis cerita.

Sunday, January 6, 2013

Selamanya

Terlalu letih
dadaku berat
aku rasa lemas
menampung lautan rasa
yang berombak rindu
padamu

Hati ini kosong
kehilangan
selamanya
mengejar bayangmu
yang di mana mana

Senyummu menghilangkan resah
Bicara mu melenyapkan gundah
Ada kamu segalanya mudah
terasa sempurna

Bagaimana aku boleh bernafas
jika kau udaranya
Bagaimana aku boleh berdiri
berjalan dan berlari
melalui semua ini
seorang diri
bila kau pergi

Aku ini mati
bila kau pergi
kau pergi

Apalagi yang ku mahu
hanya dirimu
di sisi ku
selamanya.


p/s: Love you Bonda.Selamanya.

Biarkan aku

Dengarkan hujan
dengarkan setiap titisan
dengarkan
dan kau akan dengar

Aku suka berbahasa
berpuisi indah
bercerita kisah selamanya
selagi mata terbuka
selagi udara di dada.

Aku bukan jiwang karat
biarkan aku dibuai mimpi
tersenyum senyum sendiri
ketawa geli hati
biarkan aku
biarkan.

Kita

Aku kenal kau
kau kenal aku
Apalah ada padaku
tapi dalam sejuta ada satu
yang satu itu aku
sudah takdirnya begitu
kita bertemu
menjadi kawan
menjadi satu.

Dulu dan sekarang
nanti dan selamanya
aku tetap aku
di sini berdiri
mendengar resahmu
menjadi temanmu
tapi aku mahu kau tahu
kita biarlah begini
berdua dan bersama
sampai mati.

Dan nanti esok
bila kita bersua
sudah dewasa dan berjaya
bercerita bergelak tawa
jangan lupa
cerita kita
cerita gemilang kita

Kita tidak tahu
dunia disebalik sana
tapi aku percaya
pasti yang terbaik
untuk kita.