aku remaja
yang berjiwa gelora
bernafsu pada segala
penuh cita-cita
punya cara dan bicara
aku remaja
teringin bersama
melihat pada masa
yang lalu juga lama
yang disini dan disana
menghirup udara
tinggi di persada
aku remaja
mahu semuanya
tapi jangan dilupa
disini dan nanti disana
yang di dunia
dan yang di syurga
untuk ayahbonda
gembira dan berbangga
menghela nafas lega
aku remaja
yang memiliki cinta
cuma
belum tiba masanya
untukku cari siapa dia
bertukar cinta dan rasa
kerna gemilangku menanti disana...
http://anakandabonda.blogspot.com/
biarkan aku bercerita
berseronok bermain kata
meluah segala rasa
walau cuma bersuara di dalam dada
diam seribu bahasa
- fd -
Monday, March 21, 2011
Alhamdulillah
Alhamdulillah
satu kata yang terucap
bila ku membayangkanmu
bila ku mencubit lenganku
bahawa aku mengenalimu
memilikimu, dan
berada dalam hidupmu
Syukur itu
umpama tidak cukup
untukku lafazkan
bila ku mengucup tanganmu
dan bergurau senda
dalam hari-hari kita bersama
Apakah ada wujudnya
seorang insan sepertimu
saudaraku,darahku
yang mengalir sama denganmu
sederhana dan bersahaja
tetapi cukup sempurna
pada aku
yang sentiasa merinduimu
satu kata yang terucap
bila ku membayangkanmu
bila ku mencubit lenganku
bahawa aku mengenalimu
memilikimu, dan
berada dalam hidupmu
Syukur itu
umpama tidak cukup
untukku lafazkan
bila ku mengucup tanganmu
dan bergurau senda
dalam hari-hari kita bersama
Apakah ada wujudnya
seorang insan sepertimu
saudaraku,darahku
yang mengalir sama denganmu
sederhana dan bersahaja
tetapi cukup sempurna
pada aku
yang sentiasa merinduimu
Subscribe to:
Comments (Atom)