http://anakandabonda.blogspot.com/

biarkan aku bercerita
berseronok bermain kata
meluah segala rasa
walau cuma bersuara di dalam dada
diam seribu bahasa
- fd -

Tuesday, June 10, 2014

Lepaskan

Datangnya perlahan
singgahnya sebentar
perginya laju

Hati teringin saja
jatuh padamu
sakit menahan
letih melawan

Hati teringin saja
khianat pada diri
curang pada prinsip
mengakui segala rasa

Tak perlu
tatap gambarmu
cium dan dakap di dada
cukup sekadar
ku pejam mata

Kenapa
yang aku sentuh
pasti mati
yang aku mahu
pasti pergi

Tidak tersentuh
tidak tersimpan
tak mengapa
lepaskan
aku lepaskan

Peter Pan

Aku benci dewasa
aku tak mahu
aku tak malu
aku suka begitu
selesa dengan mainan ku
seronok dengan hiburanku
selamat dalam kamar patung kecil ku

Bisakah selamanya
kecil saja
tenang saja
seronok saja
tak mahu tas tangan
tak mahu solek merimaskan
biarkan keriuhan
biarkan keanak anakkan
akulah Peter Pan.

Aku tiada minat
pada dunia di luar sana
Aku tiada berani
pada kebenaran di sebalik dinding
peduli apa aku
aku
dan Neverlandku.

Dewasa itu lain maksudnya,
bagaimana kematangan.
Besar itu lain kiranya,
bagaimana fikiran.
Sudahlah
aku anak kecil yang besar
aku dan perwatakanku
aku dan fikiranku
peduli apa
aku mahu begini saja
sentiasa
dalam dakapan Bonda.