http://anakandabonda.blogspot.com/

biarkan aku bercerita
berseronok bermain kata
meluah segala rasa
walau cuma bersuara di dalam dada
diam seribu bahasa
- fd -

Sunday, December 22, 2013

Tahukah kamu?


Tahukah kamu
sudah lama
terlalu lama
aku berfikir

Tahukah kamu
dirimu itu
tiada kurangnya

Tahukah kamu
gila aku saja
melepaskanmu

Tahukah kamu
aku pun tidak tahu
dimana harus letaknya
hati ini

Tahukah kamu
keras hati ini
juga meretakkan aku

Tahukah kamu
dalam diam bisu
aku rindu

Tahukah kamu
tiada dua
tiada tiga
hanya kamu
saja.

Pernahkah?

Pernahkah
engkau tertanya
kenapa mesti aku
daripada mereka yang beribu?

Pernahkah
engkau bertanya
mengapa engkau
yang aku malu?

Pernahkah
engkau mahu tahu
siapa kamu
dalam hati aku?

Pernahkah
engkau dengar
apa sebab
aku tidak mahu?

Pernahkah?
Jika tidak
biar begitu
jangan ditanya
aku pun tidak tahu.

Dan pernahkah
walau sekali
aku juga diberitahu?