http://anakandabonda.blogspot.com/

biarkan aku bercerita
berseronok bermain kata
meluah segala rasa
walau cuma bersuara di dalam dada
diam seribu bahasa
- fd -

Friday, July 8, 2011

BERSIH kah kita?

Hari ini aku membaca
memerhati dan meneliti
mengamati dan mengingati
yang mana berjasa
yang mana membuang masa.

Aku ni siapa nak berkata kata
tiada nama tiada harta
apatah lagi pangkat bertingkat tingkat
menjerit pun tiada yang mendengar
tapi tak mengapa
aku selesa menjadi rakyat.


Mereka itu jangan lupa
kamu memang berkuasa
tapi kami yang letih binasa
memilih dan mengundi
langsaikan cukai
tunaikan zakat.

Cukup cukuplah menunding jari
aku remaja tak tahu apa
cuma malu pada berlainan bangsa
orang kata "Melayu memang begitu"
aku cuma tertunduk sipu.

Bila sibuk berkelahi baling tahi
makin asyik kejar nama
kami ditepi pun buat tak peduli
macam mana nak maju macam Jepun?
macam mana nak kaya macam Amerika?

Tak geli kah bermain politik
demokrasi apa kalau begini jijik
kaya dengan rasuah
miskin dengan maruah
nama Sultan sekadar hiasan
memalukan Parameswara seluruh keturunan
buat penat Tanah Melayu dipertahankan.

Jangan dilupakan kami
muda mudi yang bakal mengundi
anak anak yang bakal mengemudi
jangan hanya tahu bersoal
cuba tanya kan diri,
Cukup bersih kah hati ini?

Tuesday, April 12, 2011

Warakatulikhlas

Sebuah warkah
yang ikhlas
untuk menyapa
apakah selesa keadaanmu

ku utus warkah sayu ini
memohon restu untuk berlalu...
maafkan aku
kerna tidak seperti dulu
telah membunuh hatimu
yang kecil dan pilu

Bukan kehendakku
mengubah waktu
mengusir pergi setiap indah
yang telah sempurna
dan merayu mudah
pada warkah terakhir

Pada warkah ini
tertumpah luka darah
yang mengalir dari hatiku
untuk tatapan mu
agar kau pun tahu
jiwa ini turut berlagu

Apakan daya
yang mampu terlaksana
kusisipkan memori kecil
memohon hatimu
untuk melepaskannya
merelakan warkah ini
warakatulikhlas
dari jiwaku
yang terakhir

251008
11:35pm

Monday, March 21, 2011

Remaja

aku remaja
yang berjiwa gelora
bernafsu pada segala
penuh cita-cita
punya cara dan bicara

aku remaja
teringin bersama
melihat pada masa
yang lalu juga lama
yang disini dan disana
menghirup udara
tinggi di persada

aku remaja
mahu semuanya
tapi jangan dilupa
disini dan nanti disana
yang di dunia
dan yang di syurga
untuk ayahbonda
gembira dan berbangga
menghela nafas lega


aku remaja
yang memiliki cinta
cuma
belum tiba masanya
untukku cari siapa dia
bertukar cinta dan rasa
kerna gemilangku menanti disana...

Alhamdulillah

Alhamdulillah
satu kata yang terucap
bila ku membayangkanmu
bila ku mencubit lenganku
bahawa aku mengenalimu
memilikimu, dan
berada dalam hidupmu

Syukur itu
umpama tidak cukup
untukku lafazkan
bila ku mengucup tanganmu
dan bergurau senda
dalam hari-hari kita bersama

Apakah ada wujudnya
seorang insan sepertimu
saudaraku,darahku
yang mengalir sama denganmu
sederhana dan bersahaja
tetapi cukup sempurna
pada aku
yang sentiasa merinduimu

Wednesday, February 9, 2011

Kagum

Panas petang itu dingin
bila terdengarkan suaranya
puisi lagunya yang gagah
ku terpana...dan tersenyum
siapa gerangannya

Ku nikmati suaramu
ku amati maksudmu
ku rasai getarmu
dan sebenarnya
itu yang ditunggu tunggu
itu yang ku mahu

Kau gadis jiwa gelora
punya cara dan bicara
pada lagu dan irama
menyusun satu persatu
Kau pertaruhkan hidupmu
meletakkan malu itu ditepi

petiklah gitarmu
gagahkan ceritamu
sendiri dan berdiri
hentikan masa ku
kagumkan aku dan dunia
dan sebenarnya
ku teringin bersamamu
menjadi besi seperti kamu

dedicated to anyone like Fynn Jamal/indie person/band

Tuesday, February 8, 2011

aku Rindu

Bila ku pejam mata,
hembusan angin ini
menenangkan ku
menerbangkan aku
jauh...
mambawa aku
bersamamu...

Dengarlah dan kau akan tahu
nafasmu selari mengiringi nadiku
menyempurnakan segala cela
mencipta semula rasa...

Aku rindu
memandang matamu
aku rindu
menyentuh keningmu
aku rindu
menatap senyummu
aku rindu
mendengar tawamu
aku rindu melayan manjamu
aku rindu...sungguh...
aku rindu...

020708
6:45pm

Selamat Sampai

Aku kenali dirimu
caramu...
pendekatanmu..
aku kira...inikah patutnya
sumpah untuk terlaksana
tampil segak
memacak arahmu

  Ku bawakan angin
  aliran yang tepu
  untukmu...
  selamat sampai
  melunasi ikrarmu
  mencetus reaksi
  menjadi si pencipta zaman
  saling melengkapi
  penuh yakin.

Jangan henti tanpa mula
usah suka dihakis duka.
biar satu menjuduli diri
aku menunggu...
gemilang ceritamu...
selamat sampai...

041206
11:50pm
dedicated to Abang(MohamadDanial)
a doctor-to-be
insyaAllah

Pari-Pari Bintang

Antara kalian bintang
kerlipanmu terindah
kilauanmu terpilih
untukku petik dan simpan
menjadi hadiah malam ini

Kau si pari pari bintang
turun dari langit luas
kurnia Illahi
untukku pasti

Kosong

Jika mahu,teriaklah
jika perlu,tangislah
hamburkan!
biar terlolong
dan lopong
bagai tin kosong
kosong lagi bising
bising biar bingit

 Kerna ada kalanya
 hilang lebih selesa
 tiada lebih baik

Kosong bukan omong
omong bukan kosong
tiadanya...nanti terisi
baharu,mutu,jitu
ahh..tiada beda
lebih baik tiada..
nanti ada
lebih selesa
pasti suka...

051206
01:12am

Jangan Pergi

bila kau pergi
apa agaknya nanti
aku mahu berdiri
di atas kaki sendiri

bagaimana nanti
bilaku berlari
menanam jati
tapi hati ini
bukannya disisi
puncak itu tak berkaki
ku terus memukul diri

Jangan pergi
bilaku tinggal disini
sendiri menyuap nasi
mencari demokrasi
menulis puisi diri
mencorak seni hati...

aku tinggal disini
hanya menyendiri
terus merindui
dalam hidupku ini
kian disegani
kanan atau kiri
layukah atau mati...
aku sendiri
tiada pasti...

160407
01:17pm

Warna

Warna
luas dari kata
bagaikan perjalanan
jauh berdestinasi...
 ketenangan dalam ketekunan,
 lakaran kesamaran lalu,
 mencipta lukisan terindah...

Hidup ini berseni
dan seni itu indah
indahnya menggoda
godanya berbisa

Pilihlah teman
hitam atau putih
gelap atau terang
biarkan sewarna
bukan sekadar bersama
merasa pelbagai rasa
bujur tapi bergaris
beralun dan berpancar...

Usah berkontra
dalam mencipta harmoni
kocakkan keselesaan
mengingati kesatuan...
biarkan titisan itu kering
sebuah pengakhiran
mahu bermula...

291007
7.20pm