http://anakandabonda.blogspot.com/

biarkan aku bercerita
berseronok bermain kata
meluah segala rasa
walau cuma bersuara di dalam dada
diam seribu bahasa
- fd -

Tuesday, September 9, 2014

Siapa aku

Hati itu
bagai terasa
debarnya
bila terlihat senyummu
alahai manisnya.

Hati itu
bagai terasa
cemburunya
bila memikir senyummu
siapakah empunya.

adakah aku
adakah dia
beritahu aku
dimana namaku
dalam hatimu

aku suka
bila jemari kita
saling menyapa.
aku mahu
membisik di telingamu
mencium tanganmu
menyapa khabarmu
senantiasa.

Aku terlihat kamu
dalam pejam ku
aku termimpi kamu
dalam tidurku
bagaimana esok
harusku buka mata
tanpa kamu
disisi ku

bagaimana sayang
bila kisah kita ini
kisah terlarang
dan ia menghantui
dalam setiap pejam ku
mengejar berlari
dalam setiap debar ku
dan apa yang aku mahu
hanya sekadar
menggenggam jemarimu.

Di Tepian

Luas laut itu
terdampar
untuk aku
untuk kamu
bebaskan rindu
lepaskan pilu
hentikan syahdu

Sakitlah sayang
bila menjadi batu
disapa ombak mu
yang hanya sekali sekala
mengikut suka pasang surutmu
pecahlah aku
menjadi pasir pantai
mati terdampai

Tak mengapalah
biarlah aku
menjadi istana pasir mu
Binalah aku
bila sunyi mu terasa
pecahkanlah aku
bila ombak bosan mu tiba

Jangan diukur dalamnya laut
jangan dikira luasnya pantai
semua itu saksi
bahawa ikhlas aku ini pasti.

Rinduku sentiasa ada
sebanyak pasir di pantai
Tempatmu sentiasa ada
seluasnya ruang di lautan

Andai kata
terlintaslah aku
di fikiranmu
andai kata
tersebut nama ku
di bibir kecilmu
panggillah aku
dari lautan luas itu
kau pun tahu
aku akan datang
memegang tanganmu
menggenggam jemarimu
membawamu
di sepanjang pesisir pantai

Tuesday, June 10, 2014

Lepaskan

Datangnya perlahan
singgahnya sebentar
perginya laju

Hati teringin saja
jatuh padamu
sakit menahan
letih melawan

Hati teringin saja
khianat pada diri
curang pada prinsip
mengakui segala rasa

Tak perlu
tatap gambarmu
cium dan dakap di dada
cukup sekadar
ku pejam mata

Kenapa
yang aku sentuh
pasti mati
yang aku mahu
pasti pergi

Tidak tersentuh
tidak tersimpan
tak mengapa
lepaskan
aku lepaskan

Peter Pan

Aku benci dewasa
aku tak mahu
aku tak malu
aku suka begitu
selesa dengan mainan ku
seronok dengan hiburanku
selamat dalam kamar patung kecil ku

Bisakah selamanya
kecil saja
tenang saja
seronok saja
tak mahu tas tangan
tak mahu solek merimaskan
biarkan keriuhan
biarkan keanak anakkan
akulah Peter Pan.

Aku tiada minat
pada dunia di luar sana
Aku tiada berani
pada kebenaran di sebalik dinding
peduli apa aku
aku
dan Neverlandku.

Dewasa itu lain maksudnya,
bagaimana kematangan.
Besar itu lain kiranya,
bagaimana fikiran.
Sudahlah
aku anak kecil yang besar
aku dan perwatakanku
aku dan fikiranku
peduli apa
aku mahu begini saja
sentiasa
dalam dakapan Bonda.

Friday, March 21, 2014

Bukan Aku

Bukankah kau itu
sudah begitu kenal aku?
Memang aku begini
aku tak erti
aku tak reti
aku tak bisa
aku tak biasa
hanya sekadar bersahaja
kurang bersuara
dan meluah rasa
dalam kata kata
setiap masa.

Itu bukan aku
memang bukan aku
bukannya engkau tak tahu.
Janganlah sayang
risau apa tak perlu
curiga selalu tak menentu
aku begini saja
tetap kau yang punya.

Sunday, March 16, 2014

Jangan Tanya

Kau tanya
aku diam
senyap.

Kau tanya
aku jawab
entah.

Kau tanya
aku ulang
tak tahu.

Kau tanya
aku marah
cukuplah.

Sayang,
janganlah tanya
kenapa
bagaimana
aku tak tahu.
Aku sudah bilang
aku suka
suka kau seorang.

Laju

Setiap saat itu,
hanya tahu berdetik
gelojoh memakan waktu
mengejar minit yang berlalu
begitu laju
tak menunggu
bencinya aku.

Berhentilah
Kasihankan aku
aku tak puas bertemu
aku tak lepas rindu
peluang itu
bukannya selalu.

Bolehkah
masa itu beku
hanya
bila aku bersama kamu.

di sana

Dunia kita
mungkin berbeza
tapi masih
dari tanah yang sama.
yang anehnya
bila berjumpa,
kita jauh di sana.

Dalam hari hari kita di sana
kau dengan mereka
aku dengan dia
masing masing punya perkara
tak fikir peduli
kanan dan kiri.

Pelik
dalam hati ada suara
tapi
kau siapa,
aku bagaimana,
masakan bisa
kita bertegur sapa.

Alangkah ajaibnya
dalam dingin udara itu
ada sesuatu.
kau pun mahu
dan aku pun malu
tapi kita setuju
antara kita
berkongsi udara yang sama.

Apalah nasib
di penghujung kita bermula.
Tapi tak mengapa,
cukuplah di situ
daripada nanti aku,
terlalu rindu.