aku dan kau
adalah seseorang
yang bukan sesiapa.
aku dan kau
karya syurga
tapi kita
ahli neraka
yang pasti
kita ini pendosa.
kita
mudahnya bertanya
sering meminta minta
merungut pada rezeki
hanya leka
tanpa usaha.
kesempatan itu
sering tiada
asyik itu saja
alasannya.
Dia menunggu
mendengar dan menerima
kotornya hati
jijiknya diri
sang manusia
ciptaanNya sendiri.
Selama ini
kemana pergi nya kita
pada waktu yang terbazir
sang hamba yang disayangi
oleh Dia yang merindui.
apa lagi
yang aku mahu pada diri
apa lagi
yang dapat puaskan hati.
Memang,
kita ini pendosa.