http://anakandabonda.blogspot.com/

biarkan aku bercerita
berseronok bermain kata
meluah segala rasa
walau cuma bersuara di dalam dada
diam seribu bahasa
- fd -

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu

Hari ini diraikan
golongan mulia yang melahirkan
Tapi teman
janganlah lupa
jangan sekadar berucap kata
bercium mesra makan istimewa
Tapi ambillah peluang
berfikir sejenak
tidak lama hanya seketika
kerana tempat kalian itu
dengan nyawa ini
sanggup aku gadaikan.

Ini bukan dakwah
ini bukan rasuah
kata kata ku bukan tipu
bukan bikin cerita sayu
aku pernah disitu.

Sehingga saat ini
aku tidak percaya
Bukan aku tidak terima
bukan aku tidak rela
Dengan namaMu
aku redha

Bila tanah itu dikambus
bergegar lantai kakiku
Sumpah
aku mahu terjun sama
memelukmu menemani.

Bila kau pergi
dan aku tahu
kau pergi tak kembali
aku rasa
kosong
hilang
takut
sunyi
sepi
rindu
sebak
sesak
sakit
mati
aku rasa mati.

Hari ini
akulah mayat yang berjalan
patung yang hidup
berbaterikan memori
segala ingatan
segala indahnya kenangan
dan aku khuatir
layakkah kaki ini memijak syurga
walau hanya sekali
bertemu wajahmu
memeluk tubuhmu
mencium tanganmu
sekali lagi
walau hanya sekali...

Ya Tuhan
jangan hinakan dia
atas buruk ku
dosaku atas diriku
baik ku kerna tangannya
yang sempurna didiknya
hebat belai kasihnya.

Ya Tuhan
Solatku sering jauh dari lima
Timbanganku hanya berat pada dosa
aku malu
tapi
aku tahu
Kau Maha Mendengar
Kau Maha Mengetahui
Kasihanilah bonda ku
sepertimana dia mengasihaniku.

p/s: Happy Mother's Day to all mothers everywhere. Your love and care is like no other.

2 comments:

  1. fd . . .kami di sini amat menyayangi anda. . .tapi kasih kami tidak mampu menandingi kasih ibu kamu. . . be strong fd

    ReplyDelete