http://anakandabonda.blogspot.com/

biarkan aku bercerita
berseronok bermain kata
meluah segala rasa
walau cuma bersuara di dalam dada
diam seribu bahasa
- fd -

Sunday, December 22, 2013

Pernahkah?

Pernahkah
engkau tertanya
kenapa mesti aku
daripada mereka yang beribu?

Pernahkah
engkau bertanya
mengapa engkau
yang aku malu?

Pernahkah
engkau mahu tahu
siapa kamu
dalam hati aku?

Pernahkah
engkau dengar
apa sebab
aku tidak mahu?

Pernahkah?
Jika tidak
biar begitu
jangan ditanya
aku pun tidak tahu.

Dan pernahkah
walau sekali
aku juga diberitahu?

No comments:

Post a Comment