Alhamdulillah
satu kata yang terucap
bila ku membayangkanmu
bila ku mencubit lenganku
bahawa aku mengenalimu
memilikimu, dan
berada dalam hidupmu
Syukur itu
umpama tidak cukup
untukku lafazkan
bila ku mengucup tanganmu
dan bergurau senda
dalam hari-hari kita bersama
Apakah ada wujudnya
seorang insan sepertimu
saudaraku,darahku
yang mengalir sama denganmu
sederhana dan bersahaja
tetapi cukup sempurna
pada aku
yang sentiasa merinduimu
No comments:
Post a Comment